Aku Bertanya Kepada Diri...
2:11 PM | Author: Asmie
Sungguh mudah diri ini mengaku umatmu,
Sedangkan perilaku aku jauh sekali dari ajaranmu,
Tika sakaratul maut datang menjemputmu,
Umatmu jugalah yang menjadi sebutan mulutmu,
Sedang kami,entahlah,jauh sekali mengingatimu.

Jika benar Rasulullah s.a.w di ingatan,
Kemana semua ajaran Baginda kau lemparkan??
Jika betul Rasulullah s.a.w kau kasihkan,
Kemana hilangnya segala teladan yang Baginda tunjukkan??

Bukan mudah untuk Baginda menghilangkan segala najis dan kekotoran,
Najis maksiat dan kotoran Jahiliyyah yang suatu masa dahulu sering diagungkan.
Jerit perih Baginda memperjuangkan kebenaran,
Susah payah baginda melenyapkan kedurjanaan,
Untuk siapa??..Untuk umatnya yang sememangnya Baginda kasihkan.

Tapi,
Kini kau gali semula apa yang ditanam,
Kau julang kembali budaya yang menjahanamkan,
Kau bangga dengan apa yang diharamkan,
Kau persenda apa yang diajarkan,
Maka terjulanglah kembali Jahiliyyah yang sepatutnya dilenyapkan.

Mengaku diri beriman tetapi maksiat masih menjadi amalan,
Mengaku pejuang tetapi tanggungjawab sering diabaikan,
Adakah cukup dengan hanya lisan yang menuturkan??
Bukankah ia perlu dizahirkan dengan amalan??

Janganlah dibiarkan menjadi persoalan,
Tanyakan diri,jawablah dengan IMAN,
Moga Al-Quran dan Sunnah kembali menjadi pegangan.


p/s: Bersama-samalah kita membanyakkan selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w setiap masa dan ketika.Moga kita tergolong bersama-sama Baginda dan para sahabat di hari akhirat kelak Insya'Allah.
Road To Maulidur Rasul...
1:59 PM | Author: Asmie



Sama-samalah kita menghidupkan kembali segala Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W.
Moga hari ini lebih baik dari semalam...Insya'Allah
Hipokrit...
10:50 PM | Author: Asmie
Sebutir biji benih,ditanam dan disemai,disiram dan dibaja,dijaga dengan eloknya sehingga tumbuh dan membesarlah sepohon pokok yang rimbun dan berbuah lebat.Rimbunnya mampu meneduhkan manusia dari bahang kepanasan.Buahnya pula mengisi perut yang kekosongan.

Sepohon lalang di padang yang lapang,tumbuh sendiri tanpa diundang,hadirnya pula tidak membawa kesenangan malah menyesakkan pandangan apabila dibiarkan.

AKHLAK

Akhlak.Suatu nilai terpenting yang semakin terhakis dari umat Islam hari ini.Manusia tanpa akhlak hanyalah ibarat haiwan.Apalah gunanya dinamakan manusia andai akal fikiran anugerah tuhan dibiarkan terabai,akal yang dihadiahkan tidak mampu membawa diri ke jalan kebenaran,samalah dengan haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran.

Sesuatu tindakan yang terhasil secara spontan yang sememangnya telah sebati dengan diri kita hasil daripada latihan yang berterusan apabila kita bertindak di dalam setiap keadaan itulah yang dinamakan akhlak.

Sepertimana sepohon pokok yang dinginkan manfaatnya perlulah ditanam,disemai,dibaja dan disiram terlebih dahulu sebelum membesar memberikan nikmat kepada penanamnya.Begitulah juga dengan akhlak.Akhlak perlulah diajar,dididik,dilatih dan diamalkan dahulu secara berterusan sebelum sebati dengan diri kita.Akhlak bukanlah seperti lalang yang boleh tumbuh sendiri dengan hanya kita mengharap.

HIPOKRIT DAN KEPURA-PURAAN

Ye la,dulu tak pernahnya solat berjemaah di masjid,tiba-tiba sahaja menjadi rajin.

Dulu tak pernah pun diselaknya helaian buku ketika menaiki bas,hari ni tunjuk rajin pulak.

Dulu tak pernah bertudung,sekarang dah berjubah.

Hipokritkah aku???
Aku ni pura-pura buat baik ke??

TIDAK!!!

Dalam proses mendidik diri menjadi insan yang lebih baik sememangnya agak berat dan kita akan merasakan diri kita ini seolah-olah hipokrit.Terselit rasa seolah-olah berlakon menjadi baik pula.Biarkan.Biarlah kita hipokrit sekejap daripada menjadi hipokrit selama-lamanya.Itulah yang membezakan kita dengan kaum munafiq.Kita hipokrit kerana Allah dalam usaha mentarbiyah diri sedangkan kaum munafiq hipokrit kerana manusia.Amalan kebaikannya hanyalah lakonan dihadapan khalayak sedangkan dibelakang sebaliknya.

"Melakukan sesuatu kerana manusia adalah riya',meninggalkan sesuatu kerana manusia juga adalah riya'.Ikhlas adalah kita terselamat daripada kedua-duanya."


Biarkan mulut manusia membicarakan apa yang mereka mahukan.Abaikan segala sindiran dan ejekan.Teruskan usahamu dalam mendidik diri mendekati tuhan.Moga niatmu dijalan kebenaran.Allah itu sentiasa menjadi tujuan.

Salam Maulidur Rasul.


"Cuba kita tengok senario umat Islam hari ni,rasa-rasanya la kan,yakin tak kita dengan kebangkitan Islam??"...

Beberapa hari yang lalu pernah saya utarakan persoalan ini kepada seorang sahabat setelah agak lama hanya dipendamkan.Sedih,kecewa,marah,kasihan,simpati dan pelbagai lagi perasaan bercampur baur menjadi satu melihatkan realiti umat Islam pada hari ini.Realiti bahawa umat Islam pada hari ini berada di dalam suasana yang amat menyedihkan.Realiti yang sepatutnya disedari oleh sesiapa sahaja yang bergelar Muslim dan Mukmin,tidak kiralah yang bergelar pelajar,mahasiswa,suri rumah,pekerja,usahawan mahupun Perdana Menteri.

"Apabila kita ingin mempersoalkan kebangkitan Islam,sebenarnya kita mempersoalkan tanggungjawab diri kita sendiri sebagai umat Islam.Apa yang telah kita lakukan untuk Islam?"...

Jawapan tersebut menyebabkan saya tersedar dari lamunan.Cukupkah hanya sekadar kita yakin bahawa Islam akan menang pada suatu hari nanti sedangkan kita tidak melakukan apa-apa?.Sunnatullah telah menetapkan bahawa sesuatu yang ingin dicapai mestilah memerlukan kepada usaha ke arahnya dan bukanlah hanya cukup dengan keyakinan sahaja.

"Costantinople itu pasti akan dibebaskan.Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin(penawanan)nya dan sebaik-baik tentera(yang menawan)nya"
(Hakim,4.422;Bukhari,Tarikh al-Saghir,139;I.Hanbal,4.335)

Sepertimana yakinnya para tentera Muslimin dengan janji Allah melalui utusannya Baginda Rasulullah s.a.w bahawa pada suatu hari nanti Umat Islam akan menakluki kota Costantinople.Keyakinan tersebut menyebabkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang mereka percayai dan yakini.Dan akhirnya kota Costantinople berjaya ditundukkan di zaman pemerintahan Sultam Muhammad Al-Fateh setelah perjuangan selama 800 TAHUN!!

Dunia Hari Ini

Sesungguhnya kita hari ini hidup di zaman yang penuh dengan fitnah.Zaman dimana manusia amat sukar untuk membezakan antara yang Haq dan yang bathil,antara kejahatan dan kebaikan,antara kezaliman dan keadilan,antara pecah belah dan ukhuwah dan pelbagai lagi antara.......antara.Zaman ini merupakan zaman dimana Al-Quran dan As-Sunnah semakin ditinggalkan dan yang masih berpegang utuh dengannya dianggap Gharib.

Si pembohong dianggap benar manakala yang jujur dianggap pendusta.

Pengkhianat diberi amanah manakala orang kepercayaan dituduh pengkhianat.

Pemimpin yang bodoh memerintah manakala rakyat derita menjadi mangsa.

Umat Islam semakin lalai dan terleka dan musuh-musuh Islam pula bersorak gembira.

Ini baru di zaman kita...2008.Bayangkanlah bagaimanakah agaknya zaman generasi-generasi mendatang.Zaman di mana kita telah menjadi ibu bapa dan merasai tanggungjawab mendidik anak-anak.Dalam suasana bagaimanakah mereka akan meniti hari-hari menuju alam dewasa.Renungkanlah....

Ya Allah,hanya kepada-Mu kami berserah diri memohon perlindungan agar ditetapkan hati ini di atas jalan kebenaran dan senantiasa mendapat petunjuk dan Hidayah daripada-Mu.

Realiti Mahasiswa Muslim Masakini

Kita kecilkan sedikit skop perbincangan kita daripada masyarakat Islam umumnya kepada para-para pemuda yang bergelar Mahasiswa Muslim khususnya.

Realiti masa kini sememangnya menyedihkan.Kita dapat melihat ramai mahasiswa hari ini yang langsung tidak mengambil kisah berkenaan perihal sekeliling.Langsung tidak merasa ketinggalan apabila tidak mangup-to-date diri berkenaan isu-isu semasa,dalam dan juga luar negara.

Apa yang dapat kita lihat hanyalah golongan mahasiswa yang hanya sibuk dengan hal-hal sendiri.Sibuk menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Sememangnya jangkitan sindrom tanpa virus iaitu sindrom AKU TIDAK PEDULISME sudah merada di tahap jangkitan yang kritikal dan menakutkan.(mungkin golongan ini boleh kita sebut sebagai AYAMSISWA).

Mahasiswa merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara kerana golongan inilah yang akan mencorak kepimpinan sesebuah negara di masa hadapan.Golongan inilah yang akan bangun sebagai agen pengislah masyarakat.Jika kita mendokong dasar kerajaan,maka dasar yang didokong itu sememangnya menuju masa depan yang cemerlang dan mapan.Jika kita bangun mewakili tuntutan masyarakat,maka kebangkitan mahasiswa ini akan membawa suatu perubahan yang besar dalam sesebuah negara.Kitalah yang bangun menjadi pencetus dan penorak fenomena.

Tetapi,amatlah sukar untuk mencari mahasiswa pada hari ini yang benar-benar berketerampilan,berwibawa,mempunyai ciri-ciri profesional dan diharapkan dapat menggarap masa depan yang lebih cerah apabila memimpin negara suatu hari nanti.Yang dapat kita lihat ialah kitalah yang lebih terikut-ikut dengan fenomena.Dengan rancangan realiti TV lah,hedonisme lah,aku tidak pedulisme lah dan pelbagai lagi idealisme-idealisme yang menyerang kita pada hari ini.

Marilah sama-sama kita bayangkan di dalam minda,jika beginilah realiti mahasiswa muslim masakini,apakah yang akan terjadi sekiranya siswazah yang kita lihat pada hari ini memacu tunggak pemerintahan negara di masa akan datang???...Sama-samalah kita renungkan dan kembalilah bermuhasabah.

"Dalam setiap zaman,pemuda merupakan pilar kebangkitan.Dalam setiap kebangkitan,pemuda adalah rahsia kekuatannya,dalam setiap fikrah,pemuda adalah penyebar panji-panjinya" -As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Renungkanlah kata-kata di atas.Dapat kita simpulkan di sini bahawa sebagai golongan pemuda(mahasiswa),kitalah yang sepatutnya bangun mencorak hala tuju masa depan sesebuah negara.Dan kita tidak akan dapat terus bangun andai kata hari ini kita masih lena diulit mimpi,kita masih terperangkap dalam ilusi,kita masih suka menyepikan diri dari masalah yang membelenggu ummah ini.

Semuanya Kembali Kepada Diri

Dan yang paling penting sekali ialah,sebelum kita ingin mengubah sesuatu apa pun,ianya hendaklah bermula dengan perubahan diri kita terlebih dahulu.Bersama-samalah kita ke arah pengislahan diri menuju ke arah yang lebih baik,Insya'Allah.

"Tegakkanlah negara Islam di dalam diri kamu,nescaya akan tertegaklah akan tertegaklah negara Islam di atas muka Bumi ini" - Hassan Hudaibi


Wallahua3lam...


Sekadar coretan ringkas...
9:51 AM | Author: Asmie
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi diri ini selamat sampai kembali ke Jordan semalam setelah sepuluh hari menjadi tetamu Allah di Baitullahhil Haram bersama rakan-rakan.Ya Allah,kami mohon kepada-Mu semoga diberikan lagi peluang untuk mengunjungi rumah-Mu lagi pada tahun hadapan.Amin.

Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah dan diberikan kekuatan untuk istiqomah dalam setiap amal ibadah yang dilakukan Insya'Allah.Kuatkan lagi persiapan hari ini dalam menghadapi jihad melawan nafsu pada hari-hari mendatang.

Cuti semester ini dirasakan terlalu singkat.Pejam-celik pejam-celik esok kuliah sudah akan bermula seperti biasa.Moga dipermudahkan segala urusan.Mudah-mudahan diri ini masih lagi diberikan kelapangan untuk menulis di dalam ruangan blog ini,Insya'Allah.
Perasaan itu bertandang lagi....
9:10 PM | Author: Asmie


Perasaan itu bertandang lagi,
Hadirnya tanpa aku sedari,
Bukannya kehendak untuk mencari,
Memang itu lumrah insani.

Hati ini ingin lari,
Lari dari perasaan ini,
Perasaan yang mencengkam diri,
Membuai diri di alam ilusi.

Hati!!...Bangunlah dari ilusi,
Ilusi yang menipu realiti,
Realiti yang penuh onak duri,
Rintangan yang sentiasa menanti.

Sedarlah dan siapkanlah diri,
Dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi,
Menuju destinasi selepas mati,
Pengakhiran yang kekal abadi.

Tiada guna mendamba cinta insani,
Cinta yang menghampakan diri,
Gapailah cinta Ilahi,
Pastinya tidak akan dihampai.

Ku damba cinta Ilahi,
Kerna ku yakini,
Cinta yang hakiki,
Hanya pada-Mu Ilahi.

Berikanlah hati ini kekuatan,
Agar cinta ini kupusatkan,
Pada yang Maha Menciptakan,
Segala naluri dan perasaan.



Wanita dan Pemakaian
6:32 PM | Author: Asmie
Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis walaupun sekarang ini dalam fatrah final exam.Entry kali ini terdetik pula hendak menulis sedikit berkaitan dengan isu hangat kebelakangan ini yang telah dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM),menggesa Kementerian Pelajaran untuk menukar pakaian seragam pelajar perempuan di sekolah-sekolah kerajaan bagi mengelakkan berlakunya jenayah seksual dan zina.

Tahniah dan jutaan pujian diucapkan kepada PKPIM kerana berani untuk bangkit dan bersuara dalam dalam usaha untuk menangani jenayah-jenayah seksual yang semakin meruncing kebelakangan ini.Dalam kelesuan mahasiswa masakini yang terbuai leka dengan arus hedonisme dan aku tidak-pedulismenya,masih terdapat lagi mahasiswa-mahasiswa yang bangkit menyuarakan pendapat dan memainkan peranan sebagai agen pengislah masyarakat.

Pakaian seragam masa kini

Kita semua maklum berkenaan pakaian seragam sekolah masakini iaitu baju kurung berwarna putih.Kain berwarna putih secara umumnya boleh dikatakan sebagai kain yang jarang kerana sifat warna putih itu sendiri dan kebanyakan material-material kain putih yang digunakan pada hari ini agak nipis.

Cadangan untuk menilai semula sistem pakaian seragam sekolah amat bernas kerana baju berwarna putih yang dipakai pelajar perempuan hari ini agak nipis dan amat jarang menyebabkan pemakainya kelihatan agak seksi dan menarik perhatian,terutamanya kaum Adam.

Di sini dapat kita lihat bahawa daya tarikan(baca=cara pemakain) yang terdapat pada perempuan itu sendiri di antara faktor-faktor(rangsangan seksual) yang menarik lelaki untuk mendekatinya dan menyumbang kepada berlakunya jenayah-jenayah seksual seperti pencabulan,penzinaan dan sebagainya.Tambahan lagi apabila baju yang sememangnya sudah jarang,dikenakan pula dengan pakaian dalam yang berwarna kontra dan tanpa pemakaian singlet.Remaja lelaki yang sentiasa curiosity kerana lumrah seseorang yang masih dalam peringkat pertumbuhan akan lebih tergerak untuk memenuhi kehendak ingin tahunya.

Nafsu dan Isu Peribadi

Ada yang mengatakan cara pemakaian itu hak peribadi(hak asasi manusia) dan rangsangan itu terletak atas kegagalan kita untuk mengawal nafsu kita sendiri .Terutamanya kaum Adam.

"Yang lelaki asyik menjeling-jeling tu sapa yang suruh??!",ngomel Si A.

"Lelaki ni pun satu,cuba jaga sikit nafsu tu",keluh Si B.


"Suka hati la aku nak pakai apa pun,sapa suruh laki tak pandai nak jaga mata",marah Si C apabila ditegur cara pemakaiannya.


"Tu la,sapa suruh perempuan asyik nak pakai pakaian sendat-sendat ja",kata sang lelaki pula.


Pendapat seperti ini menyebabkan kita sering tuding-menuding menyalahkan orang lain.Lelaki akan menyalahkan kaum wanita kerana cara pemakaiannya,yang wanita pula akan menyalahkan kaum lelaki kerana tidak menundukkan pandangannya.Pendapat seperti ini sememangnya tidak berasas.

Alangkah Indahnya ISLAM

Sebagai engineer yang mencipta manusia sememangnya Allah amat mengetahui sifat hamba-hambaNya bahawa kaum lelaki akan mudah terangsang dengan penampilan yang kurang sopan atau seksi oleh seseorang wanita,dari mata(pandangan nafsu) jatuh ke hati dan mulalah sang lelaki berkhayal bermacam-macam perkara.Oleh itu,awal-awal lagi Allah s.w.t telah memberi amaran kepada orang-orang yang beriman dalam firmanNya:


Maksudnya:Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)


Natijah daripada ayat ini ialah Allah s.w.t telah memerintahkan umat Islam supaya menjauhkan diri dari sebarang perbuatan yang membawa kepada kemungkaran.Umpamanya, penzinaan tidak mungkin berlaku andaikata tidak didahului dengan sentuhan perasaan(dari mata turun ke hati-nafsu) dan sambutan.

Oleh itu sudah menjadi syari’at Islam, apabila mengharamkan kemungkaran, maka segala jalan yang membawa kepada kemungkaran tersebut juga diharamkan.Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.Takkanlah nak tunggu berlakunya sesuatu kes jenayah seksual baru kita hendak mengambil perhatian.Selepas beberapa ketika surut sebentar(terdapat isu lain yang lebih hangat),selepas itu berlaku lagi satu kejadian baru hangat kembali,sampai bila pun tidak akan selesai masalah.

Etika Pemakain Dalam Islam

Sepatutnya bermula dari bangku sekolah lagi kita perlu mendidik anak-anak dengan etika pemakaian Islam.Menlentur buluh biarlah dari rebungnya.Kerana pada usia mudalah lebih mudah bagi kita untuk mendidik mereka.

Menutup aurat adalah wajib.Antara tujuan Islam mewajibkan kaum Hawa menutup aurat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri.Bahkan Islam juga mewajibkan kaum Hawa untuk melebarkan pakaian dan melabuhkan tudung supaya kaum bertentangannya tidak melihat apa yang tidak boleh dilihat.

Mungkin pemakaian tudung labuh dapat dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah.Biarpun pakaian berwarna putih,jika disertakan dengan tudung yang labuhnya melebihi paras dada,Insya'Allah batas-batas aurat masih terjaga.

Pakaian pun janganlah menggunakan kain yang terlalu nipis sehingga menampakkan bayang-bayang susuk tubuh.Jangan pula pakaian itu terlalu ketat sehingga menampakkan terus potongan badan.Kita dapat lihat pada hari ini ramai yang berpakaian seolah-olah pakaian itu melekap terus ke badan.Dalam perkataan mudahnya fit ataupun pinjam baju adik.Tak cukup syarat juga kalau pakai tudung,tapi baju pula Masya'Allah,sendat sampai yang melihat pun sesak nafas dibuatnya.

Bagi pakaian seragam sekolah,jika masih ingin dikekalkan warna baju sekolah,iaitu warna putih,hendaklah diwajibkan pemakaian singlet untuk mengurangkan kejarangan baju tersebut.Ataupun,saranan PKPIM untuk menukar warna baju seragam sekolah kepada pakaian berwarna adalah sesuatu yang amat baik dan wajar.

Kesimpulannya,janganlah pakaian itu terlalu jarang atau nipis,terlalu ketat dan tudung perlulah dilabuhkan sepertimana yang telah digariskan dalam Al-Quran dan As-sunnah(Al-Quran 24:31).Dan kepada kaum Adam,sentiasalah tawaddhuk dan menundukkan pandangan anda.


Katakanlah(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram,dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nur : 30)

Apa yang paling penting sekarang ialah usaha kita dalam menyedarkan umat Islam tentang agama Islam dan mengenali Allah.Jangan pula nanti para remaja bertanya mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan Allah yang menciptakannya dan menyuruhnya menutup aurat pun dia tidak kenal dengan sebenar-benarnya.






p/s:

1. Kesal dengan sikap Menteri Pelajaran,Dato' Seri Hishamuddin Hussein Onn yang memandang ringan perkara ini.

2. Semoga kerajaan memperbanyakkan lagi kempen-kempen menutup aurat dalam usaha menyedarkan masyarakat.

3. Hati ini telah lama rindu akan wujudnya negara Islam......yang sebenar-benarnya...



Wallahua3lam